Rabu, 28 September 2022

PENDAFTARAN KEMASUKAN TADIKA TAHFIZ KHALIFAH TELAH DIBUKA!!!

 Assalamualaikum...

Ibu Bapa Yang Dimuliakan Allah.


Anda Ada Anak Berusia

4, 5 & 6 Tahun❓❓❓

Anda Ingin Mereka :

1️⃣Mahir & Lancar Hafazan Al-Quran.

2️⃣HAFAZ Hadis Amalan Harian

3️⃣Berakhlak Mulia

4️⃣Jaga Solat

5️⃣Mahir ASAS Akademik 

6️⃣Dapat Baca Dengan Cepat

7️⃣Mahir ASAS Agama...


Jika inilah Impian Anda, Maka... Pilihan Terbaik & Tepat Hari Ini Adalah


*TADIKA TAHFIZ KHALIFAH*

*TADIKA TAHFIZ KHALIFAH*

*TADIKA TAHFIZ KHALIFAH*


FAHAMI kami di sini

๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://tahfizkhalifah.blogspot.com/p/tadika-tahfiz-khalifah.html?m=1

https://tahfizkhalifah.blogspot.com/p/tadika-tahfiz-khalifah.html?m=1

https://tahfizkhalifah.blogspot.com/p/tadika-tahfiz-khalifah.html?m=1


Sebarkan... Ramai Ingin Hantar Anak Kesayangan ke sini. Bantu Kongsi

TAK PERCAYA TAKPE...

 "๐—”๐—๐—”๐—œ๐—•๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ช๐—”๐—ž๐—ง๐—จ ๐—ฆ๐—จ๐—•๐—จ๐—› ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—™๐—”๐—ค ๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐— ๐—จ๐——๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—š๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก"

Amalan ini wajib dibuat hanya waktu subuh
.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda:
.
“Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat.
.
Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah GANTI bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah KEROSAKAN bagi orang yang menahan (hartanya)”

(Hadis Riwayat Bukhari).
.
Itu janji Allah dalam Al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan GANTI YANG LEBIH BAIK
.
LATIH diri kita ini dengan SEDEKAH SUBUH.
.
Apa yang kita mampu INFAQKAN sahaja
.
Andaikata di dalam bank kita hanya RM1...ISTQOMAH SEDEKAH SUBUH
.
YA...dimata manusia nilai RM1 sangat kecil
.
NAMUN disisi Allah nilainya sangat besar
.
‼️Pastinya GANJARAN REZEKI juga sangat LUAS‼️
.
Contoh terbaik dalam bersedekah adalah Nabi Muhammad SAW.
.
Baginda seringkali memberikan makanannya kepada golongan MISKIN sehinggakan Baginda sendiri KERAP BERLAPAR
.
Rasulullah sangat TAKUT jika di rumahnya terdapat hanya sedikit saja harta atau makanan yang BELUM dibahagikan
.
Bahkan pakaian Baginda sendiri dari BAHAN KASAR dan berharga PALING MURAH.
.
Tuan/Puan...
SERTAKANLAH doa-doa ini ketika kita melakukan sedekah :๐Ÿ‘‡

"YA ALLAH, DENGAN INFAQ INI...
๐Ÿ‘‰๐ŸปSelesaikanlah segala HUTANGKU
๐Ÿ‘‰๐ŸปDimudahkan segala urusan dunia
๐Ÿ‘‰๐ŸปDijauhkan dari bala bencana


Wakaf Buku FTR ๐Ÿ’š
http://bit.ly/WakafIlmu121FTR

TERTIPULAH KITA!!!

 Kita ni hidup untuk menunggu mati.

Supaya tak bosan menunggu mati yang taktahu bila datangnya, maka Allah bagi sikit hiburan. Dia bagi kita isteri dan suami untuk kita bermanja-manja. Dia bagi kita anak-anak untuk bermain-main. Dia bagi kita emas, duit, harta, pangkat dan kedudukan untuk kita bertenang-tenang.

Suami adalah hiburan. Isteri dan anak adalah hiburan. Duit dan harta adalah hiburan. Tapi kita ni macam budak-budak. Budak-budak kalau dibagi mainan, terus leka. Terhibur sangat dengan mainan sampai lupa makan, lupa mandi, lupa belajar, lupa solat.

Begitulah kita.
Asalnya kita ni hanya menunggu mati. Tapi dek kerana leka dan hanyut dengan hiburan yang Allah bekalkan, kita lupa tujuan asal kita hidup. Sibuk dengan kerja, sibuk kejar emas, duit, sibuk kejar pangkat (tahta), sibuk kejar jawatan. Sampai ibadah pun hanya buat yang wajib saja, itupun sekadar buat cukupkan syarat.

Ibadah hanya biasa-biasa kerana lebih seronok kejar hiburan. Seperti budak-budak, bila mainannya dirampas, terus membentak-bentak dan nangis๐Ÿ˜ญ

Begitulah kita, ketika Allah ambil suami, isteri, anak, kerjaya, emas, duit, harta, kita menangis dan mengatakan Allah tak adil.

Padahal setiap hari kita tak berlaku adil pada Allah ๐Ÿ˜”

Muhasabah.

Khamis, 22 September 2022

Penyelamat Dari Neraka dan Memasukkan Ke Syurga

 Penyelamat Dari Neraka dan Memasukkan Ke Syurga



ู‚ُู„ْุชُ ุซِู†ْุชَุงู†ِ ุฃَุณْุฃَู„ُูƒَ ุนَู†ْู‡ُู…َุง ู…َุง ูŠُู†َุฌِّูŠู†ِูŠ ู…ِู†ْ ุงู„ู†َّุงุฑِ ูˆَู…َุง ูŠُุฏْุฎِู„ُู†ِูŠ ุงู„ْุฌَู†َّุฉَ ู‚َุงู„َ ูَู†َุธَุฑَ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุฅِู„َู‰ ุงู„ุณَّู…َุงุกِ ุซُู…َّ ู†َูƒَุณَ ุฑَุฃْุณَู‡ُ ุซُู…َّ ุฃَู‚ْุจَู„َ ุนَู„َูŠَّ ุจِูˆَุฌْู‡ِู‡ِ ู‚َุงู„َ ู„َุฆِู†ْ ูƒُู†ْุชَ ุฃَูˆْุฌَุฒْุชَ ูِูŠ ุงู„ْู…َุณْุฃَู„َุฉِ ู„َู‚َุฏْ ุฃَุนْุธَู…ْุชَ ูˆَุฃَุทْูˆَู„ْุชَ ูَุงุนْู‚ِู„ْ ุนَู†ِّูŠ ุฅِุฐًุง ุงุนْุจُุฏْ ุงู„ู„َّู‡َ ู„َุง ุชُุดْุฑِูƒْ ุจِู‡ِ ุดَูŠْุฆًุง ูˆَุฃَู‚ِู…ْ ุงู„ุตَّู„َุงุฉَ ุงู„ْู…َูƒْุชُูˆุจَุฉَ ูˆَุฃَุฏِّ ุงู„ุฒَّูƒَุงุฉَ ุงู„ْู…َูْุฑُูˆุถَุฉَ ูˆَุตُู…ْ ุฑَู…َุถَุงู†َ ูˆَู…َุง ุชُุญِุจُّ ุฃَู†ْ ูŠَูْุนَู„َู‡ُ ุจِูƒَ ุงู„ู†َّุงุณُ ูَุงูْุนَู„ْู‡ُ ุจِู‡ِู…ْ ูˆَู…َุง ุชَูƒْุฑَู‡ُ ุฃَู†ْ ูŠَุฃْุชِูŠَ ุฅِู„َูŠْูƒَ ุงู„ู†َّุงุณُ ูَุฐَุฑْ ุงู„ู†َّุงุณَ ู…ِู†ْู‡ُ 


Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya daripada Ibnu Al-Muntafiq: Aku telah bertemu Rasulullah SAW di Arafah.  Aku lalu berkata, "Aku ingin bertanya kepadamu dua perkara: Apakah yang dapat menyelamatkan aku daripada neraka, dan apa yang menyebabkan aku masuk syurga? ' Lalu Rasulullah SAW menengadahkan kepalanya ke langit dan menurunkannya lagi, kemudian menatapku dengan wajahnya, baginda bersabda: telah meringkaskan soalan kamu tetapi kamu telah bertanya sesuatu yang amat besar dan perjalanannya adalah jauh. Oleh itu berilah perhatian kepada jawapanku:  sembahlah Allah dan jangan kamu sekutukan dengan sesuatupun, dirikan solat yang difardhukan, keluarkan zakat yang diwajibkan, dan berpuasalah pada bulan Ramadan. Jika kamu ingin supaya manusia melakukan sesuatu (kebaikan) kepadamu, maka lakukanlah kebaikan itu terlebih dahulu kepada mereka. Sebaliknya jika kamu benci orang lain melakukan keburukan itu kepadamu, maka kamu hendaklah terlebih dahulu tidak melakukan keburukan itu kepada mereka." (HR Ahmad No: 25901) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


Rasulullah SAW memberikan peringatan perkara yang boleh menyelamatkan seseorang daripada neraka dan memasukkan seseorang ke syurga:


1.  Menyembah  Allah dan jangan melakukan perbuatan syirik


2.  Menunaikan solat yang difardhukan


3.  Mengeluarkan zakat yang diwajibkan


4.  Berpuasalah pada bulan Ramadan.


Jika kita ingin supaya orang lain melakukan sesuatu (kebaikan) kepada kita,  maka lakukanlah kebaikan itu terlebih dahulu kepada mereka. 


Jika kita benci orang lain melakukan keburukan itu kepada kita, maka hendaklah terlebih dahulu kita tidak melakukan keburukan itu kepada orang lain. Ayuh lakukan amalan ahli Syurga

Khamis, 15 September 2022

Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

 Bersyukur Dengan Apa Yang Ada 



ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ู‡ُุฑَูŠْุฑَุฉَ ุนَู†ْ ุฑَุณُูˆู„ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู‚َุงู„َ: ุฅِุฐَุง ู†َุธَุฑَ ุฃَุญَุฏُูƒُู…ْ ุฅِู„َู‰ ู…َู†ْ ูُุถِّู„َ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูِูŠ ุงู„ْู…َุงู„ِ ูˆَุงู„ْุฎَู„ْู‚ِ ูَู„ْูŠَู†ْุธُุฑْ ุฅِู„َู‰ ู…َู†ْ ู‡ُูˆَ ุฃَุณْูَู„َ ู…ِู†ْู‡ُ.


Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu melihat kepada seseorang yang diberikan kelebihan pada harta dan fizikal, maka hendaklah dia melihat kepada seseorang yang lebih rendah (atau kurang) daripadanya.” (Sahih Bukhari No: 6490). Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Allah SWT telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Allah SWT juga memberikan kepada setiap hamba akan kelebihan dan kekurangan dalam sesuatu perkara sebagai ujian. Menerusi ujian tersebut Allah SWT akan menilai hakikat keimanan seseorang hamba, adakah dia benar-benar bersyukur dengan kelebihan atau bersabar di atas kekurangan yang diberikan.


2.  Seorang yang benar-benar beriman akan memiliki hati yang sentiasa mengekalkan sifat syukur diatas segala nikmat dan rezeki yang dimiliki. Dia akan sentiasa menjauhi sifat hasad dengki terhadap nikmat yang diperoleh orang lain serta mengurangkan kerisauan hati daripada mengejar harta duniawi. Syukur dan sabar dengan ujian dan godaan duniawi seperti kemiskinan dan musibah boleh diperoleh secara memandang kepada orang lain yang lebih daif atau yang lebih rendah daripadanya.


3.  Memandang kepada seseorang yang memiliki kelebihan harta dan fizikal akan menyebabkan bertambah keinginan atau kerunsingan yang membawa kepada kedengkian dan mengikis sifat syukur. 


4.  Memandang kepada seseorang yang lebih rendah atau kurang daripada kita, maka ia akan menjadikan seseorang itu lebih bersyukur, bertambah ketenangan dan merasa cukup dengan pemberian Allah SWT 


5.  Seringlah memandang orang yang lebih rendah atau kurang daripada kita agar kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki.

Ahad, 11 September 2022

Keji dan Kasar Ke Neraka

 Keji dan Kasar Ke Neraka





ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ู‡ُุฑَูŠْุฑَุฉَ ู‚َุงู„َ ู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุงู„ْุญَูŠَุงุกُ ู…ِู†ْ ุงู„ْุฅِูŠู…َุงู†ِ ูˆَุงู„ْุฅِูŠู…َุงู†ُ ูِูŠ ุงู„ْุฌَู†َّุฉِ ูˆَุงู„ْุจَุฐَุงุกُ ู…ِู†ْ ุงู„ْุฌَูَุงุกِ ูˆَุงู„ْุฌَูَุงุกُ ูِูŠ ุงู„ู†َّุงุฑِ


Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: 

"Malu itu dari iman dan iman ada di syurga, sedangkan perkataan keji itu dari perangai yang kasar dan perangai yang kasar ada di neraka." 

(HR Ahmad No: 10108) Status: Perawi Tsiqah


Pengajaran:


1.  Malu adalah hasil dari iman


2.  Kata Ibnu Umar: Sesungguhnya sifat malu dan iman itu bersamaan, apabila salah satu tercabut, yang satu lagi turut tercabut.


3.  Iman itu tempatnya di syurga


4.  Perkataan keji kerana ketiadaan iman dan hilangnya sifat malu berpunca dari perangai kasar dan huduh antaranya mengumpat, memfitnah, dan mencaci maki antaranya melalui media sosial  seperti FB, WhatsApp, Telegram, Instagram.


5.  Perangai kasar dan buruk tempatnya di neraka


Ayuh kita miliki sifat malu dan menjauhi sifat buruk ahli neraka.

JOM INFAQ KELENGKAPAN ASRAMA TAHFIZ KHALIFAH(KLIK)

Sabtu, 10 September 2022

BERHAK DAPAT



Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah


ุญَุฏَّุซَู†َุง ู‡َุงุดِู…ٌ ุญَุฏَّุซَู†ِูŠ ุนَุจْุฏُ ุงู„ْุญَู…ِูŠุฏِ ุญَุฏَّุซَู†ِูŠ ุดَู‡ْุฑٌ ุญَุฏَّุซَู†ِูŠ ุฃَุจُูˆ ุธَุจْูŠَุฉَ ู‚َุงู„َ ุฅِู†َّ ุดُุฑَุญْุจِูŠู„َ ุจْู†َ ุงู„ุณِّู…ْุทِ ุฏَุนَุง ุนَู…ْุฑَูˆ ุจْู†َ ุนَุจَุณَุฉَ ุงู„ุณُّู„َู…ِูŠَّ ูَู‚َุงู„َ ูŠَุง ุงุจْู†َ ุนَุจَุณَุฉَ ู‡َู„ْ ุฃَู†ْุชَ ู…ُุญَุฏِّุซِูŠ ุญَุฏِูŠุซًุง ุณَู…ِุนْุชَู‡ُ ุฃَู†ْุชَ ู…ِู†ْ ุฑَุณُูˆู„ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู„َูŠْุณَ ูِูŠู‡ِ ุชَุฒَูŠُّุฏٌ ูˆَู„َุง ูƒَุฐِุจٌ ูˆَู„َุง ุชُุญَุฏِّุซْู†ِูŠู‡ِ ุนَู†ْ ุขุฎَุฑَ ุณَู…ِุนَู‡ُ ู…ِู†ْู‡ُ ุบَูŠْุฑِูƒَ ู‚َุงู„َ ู†َุนَู…ْ ุณَู…ِุนْุชُ ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ูŠَู‚ُูˆู„ُ ุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ุนَุฒَّ ูˆَุฌَู„َّ ูŠَู‚ُูˆู„ُ ู‚َุฏْ ุญَู‚َّุชْ ู…َุญَุจَّุชِูŠ ู„ِู„َّุฐِูŠู†َ ูŠَุชَุญَุงุจُّูˆู†َ ู…ِู†ْ ุฃَุฌْู„ِูŠ ูˆَุญَู‚َّุชْ ู…َุญَุจَّุชِูŠ ู„ِู„َّุฐِูŠู†َ ูŠَุชَุตَุงูُّูˆู†َ ู…ِู†ْ ุฃَุฌْู„ِูŠ ูˆَุญَู‚َّุชْ ู…َุญَุจَّุชِูŠ ู„ِู„َّุฐِูŠู†َ ูŠَุชَุฒَุงูˆَุฑُูˆู†َ ู…ِู†ْ ุฃَุฌْู„ِูŠ ูˆَุญَู‚َّุชْ ู…َุญَุจَّุชِูŠ ู„ِู„َّุฐِูŠู†َ ูŠَุชَุจَุงุฐَู„ُูˆู†َ ู…ِู†ْ ุฃَุฌْู„ِูŠ ูˆَุญَู‚َّุชْ ู…َุญَุจَّุชِูŠ ู„ِู„َّุฐِูŠู†َ ูŠَุชَู†َุงุตَุฑُูˆู†َ ู…ِู†ْ ุฃَุฌْู„ِูŠ


Telah menceritakan kepada kami Hasyim telah menceritakan kepadaku Abdul Hamid telah menceritakan kepadaku Syahr telah menceritakan kepadaku Abu Dzabyah ia berkata; Bahawasanya Syurahbil bin As Simth memanggil Amru bin Abasah As Sulami dan bertanya, "Wahai Ibnu Abasah, apakah Anda mahu menceritakan kepadaku suatu hadis yang telah Anda dengar dari Rasulullah SAW tanpa ada tambahan ataupun kedustaan? Dan janganlah anda ceritakan kepadaku suatu hadis dari sahabat lain yang ia mendengarnya dari baginda selain anda. Amru bin Abasah berkata; Baiklah, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Allah Ta'ala telah berfirman: 'Sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling merapatkan barisan kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling berkorban (untuk membantu yang lain) kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling menolong kerana Aku.'"(HR Ahmad No: 18621) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


Setiap Muslim berhak mendapat kecintaan Allah apabila:


1.  Saling mengasihi kerana Allah


2.  Saling merapatkan hubungan (ukhuwah) kerana Allah


3.  Saling menziarahi kerana Allah


4.  Saling berkorban (untuk membantu yang lain) kerana Allah


5.  Saling bantu membantu dan tolong menolong kerana Allah


Jadikanlah diri kita orang yang disayangi Allah kerana penyayangnya kita kepada orang lain. Ambillah kesempatan di bulan Syawal untuk saling merapatkan hubungan ukhuwah.

JOM INFAQ KELENGKAPAN ASRAMA TAHFIZ KHALIFAH(KLIK)

BERSELAWAT KE ATAS NABI SAW

 




๐ŸŒนุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ๐ŸŒน

••┈•⊰✿เงกৢ•⊰◈◈⊱•️เงก✿⊱•┈••


KEHEBATAN SELAWAT

**************************************************

● Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."


● Berkata pula Mikail A.Sm. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."


● Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada ALLAH S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga ALLAH S.W.T mengampuni orang itu."


● Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

 

> Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? 

> Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

 

<<<<<<<<<<<<< ☆☆☆ >>>>>>>>>>>>

  

        ... " FADHILAT SELAWAT " 


1● Rasulullah SAW akan membalas dengan 10 selawat untuk setiap selawat daripada umatnya ke atas Baginda.


2● ALLAH akan mengangkat 10 darjat untuk setiap selawat daripada hamba-Nya.


3● Malaikat juga akan turut membacakan selawat ke atas orang yang berselawat.


4● Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh ALLAH


5● Mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat.


6● ALLAH akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat.


7● Terselamat dan terpelihara daripada segala yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.


8● ALLAH akan meluas dan melapangkan rezeki daripada sumber yang tidak diketahui. 


Wallahu'alam...

 

    Allahumma Sholli 'Alaa Sayyidina

    ................. Muhammad .................

    Wa 'Ala Ali Sayyidina Muhammad

 

SUMBER DARI :-

FADHILAT ZIKIR DAN SELAWAT 

BAB [ FADHILAT SELAWAT ]


๐ŸŒนุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ๐ŸŒน

••┈•⊰✿เงกৢ•⊰◈◈⊱•️เงก✿⊱•┈••

JOM INFAQ KELENGKAPAN ASRAMA TAHFIZ KHALIFAH(KLIK)