Tidak Mengendahkan Dosa Sendiri
=====1. Dalam Surah al-Kahfi, Allah mengingatkan bahawa terdapat dua ciri hamba yang paling zalim iaitu mereka yang berpaling dari peringatan ayat-ayat Allah dan mereka melupakan dosa yang telah mereka lakukan sendiri. Firman Allah:
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ فَأَعْرَضَ عَنْهَا وَنَسِيَ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ
“Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya.”
2. Kedua sifat ini telah menyebabkan Allah menutup pintu hati mereka disebabkan mereka tidak mengendahkan peringatan Allah malah mereka memandang kecil dosa-dosa mereka. Firman Allah lagi dalam ayat seterusnya:
إِنَّا جَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا ۖ
“sesungguhnya (disebabkan sifat mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak).
3. Oleh yang demikian, ambil perhatian terhadap peringatan yang telah Allah berikan dalam al-Quran serta jangan memandang kecil dosa yang telah kita lakukan. Dosa menyebabkan pintu hati seseorang tertutup.
Semoga Allah membimbing kita.