Isnin, 29 Ogos 2022

Tetap Yakin dan Tidak Berputus Asa

 


Tetap Yakin dan Tidak Berputus Asa


Dari Abu Hurairah RA dia berkata, Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda,


يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى : أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ في نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلأٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً  (رواه البخاري، رقم  7405 ومسلم ، رقم 2675 )


“Allah Ta’ala berfirman, 'Aku tergantung persangkaan hamba kepadaKu. Aku bersamanya kalau dia mengingat-Ku. Kalau dia mengingatku pada dirinya, maka Aku mengingatnya pada diriKu. Kalau dia mengingatKu di keramaian, maka Aku akan mengingatnya di keramaian yang lebih baik dari mereka. Kalau dia mendekat sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta. Kalau dia mendekat kepada diri-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Kalau dia mendatangi-Ku dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dengan berlari." (HR bukhari, no. 7405 dan Muslim, no. 2675)


Jangka hayat kita berbeza, garis hidup kita juga berbeza. Jangan mudah lemah dan merasakan kehidupan orang lain lebih indah dan beruntung berbanding kita. Tetap yakin dan percaya, Tuhan sedang menyusun yang terbaik buat kita. Usaha, doa, dan serahkan segalanya padaNya.

JOM INFAQ KELENGKAPAN ASRAMA TAHFIZ KHALIFAH(KLIK)

Jumaat, 26 Ogos 2022

BAHAYA BETUL LISAN NI???

 


Menghuni Neraka Kerana Dosa Lisan


عن أبي هريرة رضي الله عنه قَالَ: قِيْلَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنَّ فُلاَنَةً تَقُوْمُ اللَّيْلَ وَ تَصُوْمُ النَّهَارَ وَ تَفْعَلُ وَ تَصَدَّقُ وَ تُؤْذِي جِيْرَانَهَا بِلِسَانِهَا  فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: لاَ خَيْرَ فِيْهَا هِيَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ قَالُوْا: وَ فُلاَنَةً تُصَلِّى اْلمَكْتُوْبَةَ وَ تَصَدَّقُ بِأَثْوَارٍ وَ لاَ تُؤْذِي أَحَدًا فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: هِيَ مِنْ أَهْلِ اْلجَنَّةِ


Daripada Abu Hurairah RA berkata, pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya si Fulanah rajin solat sunat malam, puasa di siang hari, mengerjakan (berbagai kebaikan) dan bersedekah, Cuma ia suka mengganggu para tetangganya dengan lisannya?”. Bersabda Rasulullah SAW, “Tiada kebaikan padanya, dia termasuk penghuni neraka”. Mereka bertanya lagi, “Sesungguhnya si Fulanah (yang lain) mengerjakan (hanya) solat wajib dan bersedekah dengan sepotong keju, namun tidak pernah mengganggu seorangpun?”. Bersabda Rasulullah SAW, “Dia termasuk penghuni syurga”. (Sahih Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrod: 119) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Seseorang akan ditempatkan kedalam syurga atau neraka bukan hanya bergantung banyaknya amal fardhu dan sunat atau tidak.


2.  Ada orang yang rajin solat sunat malam, rajin puasa sunat, banyak melakukan kebaikan dan bersedekah, tetapi masuk neraka kerana mengganggu para tetangganya dengan lisannya (habis segala pahala kebaikannya)


3.  Ada orang yang hanya mengerjakan amalan yang fardhu seperti solat fardhu dan puasa Ramadan, sedekahnya sedikit namun masuk syurga kerana tidak pernah menganggu orang lain. 


4.  Pada hari ini dosa lisan banyak digantikan dalam bentuk tulisan yang kadang kala lebih kesat, buruk, penuh dengan adu domba, umpatan, kejian dan fitnah termasuk yang ditularkan di media sosial seperti FB, Twitter, WhatsApp, Telegram dan sebagainya.


5.  Ingatlah amaran Allah kepada pengumpat, pemfitnah dan pencela dalam surah al-Humazah

وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ


Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela


a.  “Humazah” menurut Mujahid adalah pengumpat (termasuk cemohan dengan lisan dan ucapan). 


b.  “Lumazah” menurut Abi Hayan dalam Tafsir al-Bahrul Muhith bererti hinaan dengan isyarat mata, tangan dan sebagainya 


Syed Qutb menyebutkan, ini gambaran manusia jahiliah dimana jiwa manusia yang lemah dan hina kerana tidak memiliki iman dan kehormatan diri, kerjanya mengumpat dan mencemoh.


Ingatlah bahawa pengumpat akan dihumban ke neraka al-Hutomah.


كَلا لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ (٤) وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ (٥) نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ (٦) الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الأفْئِدَةِ (٧) إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ (٨) فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ (٩)


Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. (4) dan tahukah kamu apa Huthamah itu? (5) (iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan (6) yang (membakar) sampai ke hati. (7) Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka (8). (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang (9) (Al-Humazah)


Marilah kita pelihara ibadat fardhu dan bersungguh-sungguh menjaga lisan.

JOM INFAQ KELENGKAPAN ASRAMA TAHFIZ KHALIFAH(KLIK)

Jumaat, 19 Ogos 2022

KELAS BAHASA ARAB DI BULAN MERDEKA MALAYSIA

KELAS BAHASA ARAB SEMPENA BULAN MERDEKA, BULAN BAHASA ARAB & AL-QURAN

TAJUK : الأَلْوَان (WARNA WARNI)

18 OGOS 2022 KHAMIS - Sempena Bulan Merdeka, Bulan Bahasa Arab & Al-Quran Tahfiz Khalifah telah menganjurkan beberapa aktiviti harian, mingguan dan bulanan.




Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah aktiviti Cinta Bahasa Arab yang telah diadakan pada hari Khamis malam Jumaat jam 8.00 malam di kelas mengaji Tahfiz Khalifah melibatkan pelajar-pelajar mengaji Tahfiz Khalifah.




Aktiviti ini dijalankan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan ilmu asas Bahasa Arab peringkat kanak-kanak dan juga bertujuan menyemarakkan hari kemerdekaan yang bakal menjelang tak lama lagi.




Diharapkan daripada program yang telah dijalankan ini dapat mewujudkan rasa minat anak-anak dalam mempelajari Bahasa Arab.



Khamis, 18 Ogos 2022

GOLONGAN DINAUNGI DI AKHIRAT

 Golongan Yang Dinaungi Di Akhirat

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ كَانَ قَلْبُهُ مُعَلَّقًا بِالْمَسْجِدِ إِذَا خَرَجَ مِنْهُ حَتَّى يَعُودَ إِلَيْهِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ فَاجْتَمَعَا عَلَى ذَلِكَ وَتَفَرَّقَا وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ حَسَبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ 


Daripada Abu Sa'id RA, Rasulullah SAW bersabda: "Tujuh (golongan) yang akan dinaungi Allah pada hari di mana tidak ada naungan lain kecuali naunganNya; pemimpin adil, pemuda yang tumbuh dalam beribadah kepada Allah, orang yang hatinya terikat dengan masjid bila ia keluar meninggalkannya hingga ia kembali lagi, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul kerana itu dan berpisah kerana itu, orang yang mengingat Allah saat menyendiri lalu kedua matanya berlinang, lelaki yang diajak oleh wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan (melakukan kejahatan) lalu ia berkata: Aku takut Allah, seseorang bersedekah lalu menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya." (Sunan Tirmidzi No: 2313) Status: Hadis Hasan Sahih


Pengajaran:


Setiap manusia akan dibangkitkan dan melalui kesusahan dan kepayahan padang mahsyar kecuali orang yang mendapat perlindungan dari Allah di Padang Mahsyar. Tujuh golongan orang yang akan mendapat perlindungan Allah di hari akhirat:


1.  Pemimpin yang adil


2.  Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah


3.  Orang yang hatinya sentiasa tertambat ke masjid


4.  Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul dan berpisah kerana kecintaan kepada Allah.


5.  Orang yang mengingat Allah ketika bersendirian lalu berlinangan air matanya


6.  Lelaki yang diajak oleh wanita kaya dan cantik melakukan kejahatan,  lalu ia enggan dan berkata berkata: Aku takut Allah


7.  Seseorang yang bersedekah lalu menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.


Berusahalah menjadi orang yang mendapat naungan dan RAHMAT Allah di hari Kiamat. Antara orang yang akan mendapat naungan dan perlindungan di padang mahsyar ialah mereka yang saling mencintai sesama mereka semasa di dunia kerana Allah.


Semoga kita menjadi salah seorang yang mendapat naungan di hari kiamat kerana saling cinta mencintai sesama Muslim semata-mata kerana Allah semasa kita hidup di dunia ini.

Selasa, 16 Ogos 2022

TIDAK!!! BUKAN FALSAFAH NABI SAW

 Tunaikan Permintaan



عَنْ ابْنِ الْمُنْكَدِرِ قَالَ سَمِعْتُ جَابِرًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ مَا سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ شَيْءٍ قَطُّ فَقَالَ لَا 


Daripada Ibn al-Munkadir, aku mendengar Jabir RA berkata; Nabi SAW tidak pernah apabila diminta sesuatu lalu baginda berkata; "Tidak." (Sahih Bukhari No: 5687) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Rasulullah SAW adalah seorang pemurah


2.  Rasulullah SAW juga tidak pernah menghampakan harapan dan permintaan orang lain


3.  Rasulullah SAW menunaikan permintaan orang lain tanpa merasa bimbang kehabisan harta. 


Ayuh kita mencontohi sifat pemurah Rasulullah SAW. 


Jangan kata TIDAK. Bersedialah membantu dengan ringankan tulang, bersikap rahmah terhadap orang lain, pemurah dan tidak bakhil.

Sabtu, 13 Ogos 2022

Jadilah Hamba Allah Yang Bersaudara



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا 


Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara." (Sahih Bukhari No: 5717) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Islam mengajar agar kita menjauhi prasangka buruk kepada orang lain


2.  Islam menyuruh agar tidak mendiamkan diri jika kemungkaran berlaku di hadapan kita (perlu dicegah atau dinasihat)


3.  Muslim dilarang mencari-cari isu atau kelemahan orang lain.


4.  Setiap kita juga dilarang saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci.


5.  Muslim dituntut agar berusaha menjaga tali persaudaraan sesama Muslim.  Menjaga persaudaraan dengan menjauhi sangka buruk, tidak mencari kelemahan orang lain, jangan berdengki, elakkan membenci, tidak membelakangkan orang lain dan bantu sahabat dengan mencegah dia daripada melakukan maksiat.

Ahad, 7 Ogos 2022

Muslim Yang Utama

 


عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ


Daripada Abu Musa RA berkata: 

Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?" Rasulullah SAW menjawab: "Siapa yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya".

(HR Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

1.Islam mengajar umatnya agar sentiasa memiliki akhlak yang mulia.

2.Menjaga lisan daripada menuturkan sesuatu yang buruk terhadap orang Islam lain seperti mengumpat, menghina, mencela, mengadu domba dan lain-lain adalah dituntut.

3.Memelihara tangan dari melakukan perbuatan keji dan menyakiti Muslim lain bukan hanya memukul malah termasuk menulis dan menyebarkan sesuatu yang berbentuk umpatan,  fitnah, menghina, mengadu domba dan lain-lain.

4.Individu yang paling utama di sisi Allah adalah mereka yang sentiasa dirasai kebaikannya serta tidak menyakiti dan memudaratkan orang lain yang berada disekelilingnya sama ada melalui lisan mahupun perbuatannya. 

5.Kita perlu ingat, apa yang ditulis, ditutur mahupun perlakuan kita  terhadap orang lain akan diminta pertanggungjawaban dihadapan Allah. Firman Allah:

إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati nurani, semua anggota itu tetap akan diminta pertanggungjawabannya (ditanya di akhirat) tentang apa yang dilakukannya.”

 (Surah Al-Isra 17 ; Ayat 36)

6.Imam al-Khaththabi berkata, hadis ini bermaksud bahawa kaum muslimin yang paling utama adalah orang yang selain menunaikan hak-hak Allah  dengan baik, dia juga dituntut menunaikan hak-hak sesama kaum muslimin dengan baik pula.

Sempena kita menyambut Bulan Kebangsaan 2022 ini, marilah kita menjadi  Muslim yang utama dengan menjaga lisan dan tangan kita daripada menyakiti dan menzalimi orang di sekeliling kita tanpa mengira bangsa dan agama termasuk menulis juga mentularkan di media sosial.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

"Walau Kita Berbeza Tetap Teguh Bersama"

Rabu, 3 Ogos 2022

PROGRAM BULAN MERDEKA, BULAN BAHASA ARAB & AL-QURAN

2 Ogos 2022 Selasa - Tahfiz Khalifah telah melancarkan Program Bulan Merdeka, Bulan Bahasa Arab & Al-Quran yang telah dianjurkan oleh Pengurusuan Tahfiz Khalifah 

Antara pengisian program untuk harian adalah Sharing Ilmu di Tiktok Tahfiz Khalifah, Kuliah Dhuha Harian di Google Meet, Jualan Amal Dana Tahfiz Khalifah, Nuurul Quran Kelas Online PERCUMA dan Road Tour Program Ikhtiar Jangan Biar. Bagi aktiviti mingguan adalah Aktiviti Cinta Bahasa Arab dan bagi aktiviti bulanan adalah Program 'Cabaran 30 Hari, Mahir Baca Al-Quran', Kem Cuti Sekolah (Modul Anak Soleh & Pelajar Cemerlang) dan Pengambilan Pelajar Pondok Remaja & Dewasa Tahfiz Khalifah.

Antara objektif kempen ini dilancarkan adalah untuk menggalakkan warga mengaji Tahfiz Khalifah dan orang awam supaya dapat memperluaskan lagi pengetahuan dalam ilmu bahasa arab dan mempraktikkan Al-quran supaya lebih lancar bacaannya dan juga dengan program-program ini warga mengaji Tahfiz Khalifah dan orang awam dapat mengisi masa yang terluang dengan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan.

Diharapkan kempen yang dilancarkan ini dapat melahirkan insan dan masyarakat yang luas pengetahuan dalam setiap aspek.

#ProgramBulanMerdekaBulanBahasaArab&Al-Quran

#TahfizKhalifah 

#TahfizKhalifahSungaiBesar 

#TahfizKhalifahBangi





Jangan Bertangguh Lagii!!!
Tempah Posisi Untuk Anak Kesayangan Kita

Klik Link dibawah:



Isnin, 1 Ogos 2022

2 PERKARA SANGAT UTAMA



Ada 2 perkara yang tidak satu pun mampu melebihi keutamaannya:

1️⃣ Beriman Kepada Allah & RasulNya

2️⃣ Diri sangat bermanfaat bagi Umat Islam

Bermanfaat di sini ialah Bermanfaat bagi TENAGA. 

Barangsiapa yang pagi harinya tidak mempunyai niat untuk menzalimi orang lain, maka dosanya akan diampunkan.

Barangsiapa yang pada pagi harinya mempunyai niat untuk memberi pertolongan terhadap orang yang dizalimi dan memenuhi keperluan seorang Muslim, baginda pahala yang setara dengan HAJI MABRUR.

Hamba yang paling dicintai oleh Allah SWT ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada Umat Manusia. Perbuatan yang paling mulia ialah menyenangkan hati orang mukmin dengan menghilangkan rasa laparnya, mengatasi kesusahannya, atau membayar ke semua hutang hutangnya. Selain daripada itu, terdapat 2 perkara yang tidak satu pun mampu mengalahkan keburukan nya, yakni menyebutkan Allah dan memberi mudarat kepada Umat Islam(terhadap jiwa mahupun harta).

D