Jumaat, 9 Disember 2022

ANDA PENUHI SEMUA JENIS SYAHWAT DI DUNIA INI, AKAN KERAS HATI!!! TETAPI... TIDAK PADA YANG INI...

 *┈┉┉━❁ ﷽ ❁━┉┉┈*

KEUTAMAAN BERJIMAK BAGI SUAMI ISTERI


Nabi ﷺ bersabda:

وَفِيْ بُضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ.


"Dan persetubuhan salah seorang dari kalian (dengan isterinya) adalah sedekah."


Sahabat pun bertanya, 

"Adakah apabila salah seorang dari kami memenuhi syahwatnya, akan memperoleh pahala?"

Kemudian Rasulullah ﷺ menjelaskan dengan suatu analogi:

أَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِيْ حَرَامٍ أَكَانَ عَلَيْهِ وِزْرٌ؟ فَكَذَلِكَ إِذَا وَضَعَهَا فِيْ الْحَلَالِ كَانَ لَهُ أَجْرٌ.

"Bukankah kalian telah tahu, seandainya seseorang memenuhi syahwatnya dengan cara yang haram, dia akan menanggung dosa?Demikianlah juga apabila  seseorang itu memenuhi syahwatnya dengan cara yang halal, maka baginya pahala."

(HR. Muslim, no.1006)


Dijelaskan juga oleh Imam an-Nawawi رحمه الله:


اعلم أن شهوة الجماع شهوة أحبها الأنبياء و الصالحون, قالوا لما فيها من المصا لح الدينية و الدنيوية, و من غض البصر, و كسر الشهوة عن الزنا, و حصول النسل الذي تتم به عمارة الدنيا و تكثر به الأمة إلى يوم القيامة. قالوا: و سائر الشهوات يقسي تعاطيهم القلب, إلا هذه فإنها ترقق القلب.

"Ketahuilah bahawa syahwat jimak (suami isteri) adalah syahwat yang disukai oleh para nabi dan orang-orang soleh. Mereka berkata, kerana padanya terdapat pelbagai mashalat agama dan dunia seperti menundukkan pandangan, meredakan syahwat dari zina dan memperoleh keturunan yang dengannya menjadi sempurna bangunan dunia dan memperbanyak jumlah umat Islam. Mereka berkata, semua syahwat boleh mengeraskan hati jika ditunaikan kecuali syahwat ini, kerana boleh melembutkan hati."

📚 Syarh al-Arbain an-Nawawiyah, hlm. 91.


ADUHAI BERJIMAKLAH PULAK DAH!!!(KLIK Disini)