TANDA TANDA KEMENANGAN
Tanda-tanda jemaah kebenaran diberi menang ada isyarat dari Tuhan
Apabila ahli-ahlinya jual dunia untuk agamanya atau Tuhannya
Berkorban berhabis-habisan tanpa sukatan, tanpa limitnya
Di antara sama-sama pemimpin bersatu hati
Tidak ada iri hati dan hasad dengki
Bersatu padu, rasa bersama bekerjasama
Masing-masing menonjolkan kawannya dan baik sangka sesama
Orang bermadu berkasih sayang sesama madunya
Macam adik-beradik satu ayah satu ibu
Boleh bertolak ansur, berlebih kurang sesama madunya
Tidak ada cemburu-mencemburui, bersama madu-madunya suami senang hati
Pemimpin nombor satu wibawanya bayangan Nabi
Ada ilmu, akhlaknya tinggi, ibadahnya isitqamah, adil dan kasih sayang
dengan ahli-ahlinya
Sesama ahli tidak ada hasad dengki
Taat setia dengan pemimpin-pemimpin mereka terutama pemimpin nombor satunya
Mereka rajin bekerja, bekerjasama, terasa bersama
Hidup satu sama lain macam adik-beradik
Ibadah mereka agak baik berbeza dengan orang Islam lainnya
Mengasihi pemimpinnya macam mengasihi ibu bapanya
Bahkan nama pemimpinnya sangat dijaga
Kalau sifat-sifat dan watak-watak di dalam jemaah wujud seperti yang dinyata
Lahirlah bangsa baru bukan kerana keturunan tapi kerana iman dan taqwanya
Maka layaklah mereka menjaga dunia
Maka Tuhan pun memberi kuasa kepada mereka...