Selasa, 26 Julai 2022

BANGSA YANG TIDAK MEMPUNYAI CITA-CITA

BANGSA YANG TIDAK MEMPUNYAI CITA-CITA

 

Sumber Gambar : https://www.tadikaabs.com/blog/kerjaya-ibu-bapa-membentuk-cita-cita-anak/

Bangsa yang tidak ada cita-cita, bangsa yang hanya ada cita-cita peribadinya sahaja. Kedua-duanya SAMA.


Yang difikirkan hanya makan, minum, tidur, rehat, kahwin kemudian mati.


Bagaimana mahu senang, kalau sudah senang bagaimana mahu lebih senang lagi...


Jika di dalam kesusahan, bagaimana hendak menghilangkan kesusahannya.


Agama, bangsa, negara tidak ada di dalam otak mereka.


Pada mereka agama urusan ulama, negara dan bangsa urusan negara.


Kalau saya ulama barulah agama urusan saya, kalau saya pemimpin negara, negara dan bangsa barulah urusan saya.


Hidup individualistik sangat ketara.

Hanya memikirkan diri dan keluarga, orang lain begitu juga.


Corak pemikiran bangsa yang sedemikian rupa, tanda bangsa itu tidak akan maju dan bersatu.


Untuk mewujudkan kekuatan sendiri pun tidak akan mungkin terjadi.

Apatah lagi untuk menjadi satu bangsa yang menguasai dunia.


Cita-cita agama, bangsa dan negara mestilah menjadi cita-cita bersama tidak BERPISAH.


Makan, minum, rehat, nikah kahwin itu adalah perkara tabie.


Tidak payah diasuh, tidak payah didorong-dorong, ia keperluan fitrah semulajadi.


Cita-cita agama, bangsa dan negara kenalah dipupuk dari kecil lagi.


Ia hendaklah ada di dalam sukatan pendidikan dan pelajaran.


Disuburkan setiap masa, hingga mendarah mendaging dan menjadi fikiran dan jiwa.


Hingga bangsa itu sangup mati kerananya.

Ia akan dipertahankan, dijaga, diperjuangkan kerana ia adalah maruah bangsa.


Bangsa yang ada cita-cita ini akan menjadi bangsa yang kuasanya besar, sekalipun bilangannya kecil.


Semangat semacam itulah yang sudah mati di kalangan bangsa-bangsa yang beragama Islam.


Akibatnya mereka telah dipermainkan dan dicatur oleh musush-musuhnya.


Kita menginginkan seorang pemimpin yang bersifat global, untuk menghidupkan semangat ini.