Rabu, 20 Julai 2022

Tinggalkan Yang Tidak Bermanfaat



Tinggalkan Yang Tidak Bermanfaat


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ


Daripada Abu Hurairah RA dia berkata : Rasulullah  SAW bersabda : Merupakan tanda baiknya Islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya (Sunan Tirmidzi No: 2239 )  Status: Hadis Sahih


Pengajaran


1.  Termasuk sifat orang Muslim adalah dia menyibukkan dirinya dengan perkara-perkara yang mulia dan bermanfaat untuk diri, keluarga, masyarakat dan Negara.


2.  Termasuk sifat seorang Muslim adalah menjauhkan diri dari perkara yang tidak bermanfaat baginya, perbuatan yang sia-sia, serta dosa dan maksiat.


3.  Menyibukkkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat adalah sia-sia dan merupakan tanda kelemahan iman contohnya terlalu banyak tidur, asyik dengan bermain game, menonton video hiburan, melepak atau berjalan² tanpa arahtujuan.


4.  Anjuran untuk memanfaatkan waktu dengan sesuatu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat.  Kerana waktu yang berlalu tidak akan kembali.


5.  Jadilah orang bermanfaat kepada orang lain. Hadis Rasulullah SAW


خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ


Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain. (HR Ibn Hibban  No:  2/48)


6.  Jadilah kita ini bermanfaat seperti Pak Hamka ketika dipenjara beliau berjaya menghasilkan Tafsir al-Azhar. Syed Qutb ketika dipenjara mampu menghasilkan tafsir fi Zilal.


Jom jadikan diri kita bermanfaat sama ada bersama keluarga, sahabat handai atau rakan sekerja. Bermanfaat kita kepada ahli keluarga, bermanfaat kepada sahabat dalam media sosial juga kepada masyarakat seluruhnya.