Isnin, 25 Julai 2022

Sedekah TIDAK Mengurangkan Harta


Sumber Gambar : 

https://www.google.com/search?q=sedekah&client=ms-android-samsung-ss&prmd=ivn&sxsrf=ALiCzsajKZggJ6XhbsLNHsVItyr3oLtITA:1658810293122&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwi-wZXy3ZX5AhV6yDgGHUvjD_wQ_AUoAXoECAEQAQ#imgrc=BWFOu5jN1ssE3M

Sedekah Tidak Mengurangkan Harta


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ


Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: 

Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." 

(HR. Muslim no. 4689) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

1.  Sedekah adalah amalan yang dituntut dalam Islam.

2.  Orang yang bersedekah tidak akan mengurangkan hartanya. Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik malah akan didoakan oleh Malaikat.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَامِن يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ, إِلاَّ مَلَكَانِ يَنزِلاَنِ, فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا: اَللهُمَّ أَعْطِ مُنفِقًا خَلَفًا. وَيَقُولُ الآخَرُ: اللهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا 

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: 

"Tidak ada suatu hari pun ketika seorang hamba melewati paginya kecuali akan turun (datang) dua malaikat kepadanya lalu salah satunya berdoa; "Ya Allah berikanlah pengganti bagi siapa yang menafkahkan hartanya", sedangkan yang satunya lagi berdoa; "Ya Allah berikanlah kehancuran (kebinasaan) kepada orang yang menahan hartanya (bakhil)".

(HR Bukhari No: 1351) Status: Hadis Sahih

3.  Orang yang memberi kemaafan kepada orang lain, Allah akan menambah kemuliaannya. 

4.  Orang yang merendahkan diri kerana Allah (rendah hati, tidak sombong), Allah akan mengangkat darjat serta kedudukannya di sisi Allah. 

5.  Perbanyakkanlah sedekah, jadikanlah diri kita seorang yang pemaaf dan berusahalah menjadi orang yang sentiasa merendah diri bukan angkuh dan sombong.